Friday, June 11, 2010

MISI MENCARI IKAN LAGA BORNEO

Ini adalah habitat di mana ikan laga Borneo membiak. Dikenali sebagai "Betta Macrostoma". Kawasan tadahan hujan yang lebat. Perjalanan yang sukar tapi cukup berbaloi. Nasib baik ada orang tolong tunjuk arahnya...

Tempat ni melalui pelbagai air terjun yang menarik. Sangat sesuai kalau nak sejukkan badan..
 

Yang macam ni pun ok jugak.. boleh bersandar sambil air lalu atas kepala..

Yang ni kecik je.. boleh buat taman air kat rumah kalau nak.. :P 

Akhirnya sampai juga ke sarang Ikan Laga Borneo. Tempat airnya tenang dan bertakung. Banyak daun-daun di dalam lopak air tersebut.

Cantiknya Ikan Laga Borneo ni ! Ini baru tangkapan pertama..

Tengoklah warnanya! sangat terang.. saiznya pula hampir sama besar dengan jari manusia..


Ni sah kena bawak balik ni.. Cantiknya ! Seumur hidup x pernah tengok ikan laga borneo secantik ni...

Tempat anak-anaknya membesar. Memang luas kawasan takungan air di sini. Pokok-pokok rimbun pun banyak untuk sejukkan air di kawasan ini. Daun kering yang luruh ke dalam air dapat menstabilkan pH air. Sesuai bagi tumbesaran anak ikan laga borneo di sini..

Tempat persembunyian yang jauh dari tamadun manusia. Sebab itulah ikan ini susah hendak dijumpai sekarang. Harap-harap tidak pupus dan penduduk tempatan dapat memelihara kawasan habitat ikan laga borneo ini untuk tempoh yang cukup lama lagi..

Sekali sauk banyaknya dapat ! Yang besar ada, yang kecik pun ada, yang remaja pun ada.. pilihlah nak yang mana... :P

Bawa  balik yang perlu sahaja tau.. yang lain biarlah ia kembali ke tempat asalnya.. :)

6 comments:

  1. salam . . boleh ta jual sekor kat saya ?

    ReplyDelete
  2. Bos.. kalau sepasang berapa harga? Sini Sandakan tiada bah saya jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepasang mencecah ratusan RM jugak bah.. Mungkin di sana lubuknya belum ditemui..

      Delete

Followers